APAKAH ERTI KEBAHAGIAN
Seorang perempuan datang mengadu masalah kepada saya. Katanya hidupnya tidak pernah bahagia. Semenjak mula kahwin hinggalah beranak dua, beliau tidak pernah mengecapi kebahagiaan. Apa yang diingininya tidak pernah diperolehi.Keluhnya lagi Mengapa orang lain beroleh kebahagiaan sedangkan beliau tidak. Mengapa orang lain kaya raya sedangkan beliau tetap miskin. Beliau mat kecewa dan beliau amat kesal dengan hidup yang dihadapinya ini……
Sebenarnya banyak lagi keluhan dan rungutan yang diutarakan oleh wanita ini kepada saya. Dari situ timbul idea untuk saya berkongsi pandangan mengenai pengertian bahagia.
Antara nikmat paling besar dianugerahkan tuhan kepada hambanya adalah nikmat kebahagiaan. Kebahagiaan merupakan satu kalimah keramat yang bersifat subjektif. Pengertiannya berbeza antara seorang dengan yang lain. Begitu juga cara untuk mencapainya.
Ada yang melihat kebahagiaan terletak kepada kepuasan jasmani. Ada juga yang melihat kebahagiaan dari dua sudut. Satunya bersifat waham dan satunya bersifat sejati. Bahagia yang bersifat waham adalah untuk mencari kepentingan sendiri tanpa memikirkan kepentingan dan perasaan orang lain manakala bahagia yang bersifat hakiki adalah bahagia yang bersifat sejagat. Contoh kebahagiaan hakiki adalah seperti mengasihi dan mencintai seseorang seperti mana kita mengasihi dan mencintai diri sendiri.
Sebagai seorang yang beriman pastinya kita akan melihat kebahagiaan menurut kacamata agama. Dari sudut agama kebahagiaan adalah bersifat sejagat. Bahagia meliputi seluruh perjalanan hidup. Kepuasan jasmani dan rohani yang ingin dicapai oleh manusia untuk mencari kebahagiaan mestilah bersandarkan kepada aturan dan hukum agama. Tidak ada gunanya sekiranya kita sihat tubuh badan namun ianya tidak digunakan kearah ketaatan kepada tuhan. Tidak ada gunanya kiranya kita disanjung dan dihormati dan dalam masa yang sama kita menjauhi tuhan. Lebih malang lagi kiranya kehormatan dan sanjungan itu membawa kita kepada ketakburan dan kekufuran.
Rasa bahagia adalah bergantung kepada penafsiran kita. Rasa bahagia juga bergantung kepada sifat Qanaah dan Redha , keyakinan kita terhadap Usaha dan Tawakkal, Sabar dan harap dan yang paling penting… Kebahagiaan adalah bergantung kepada keteguhan iman kita kepada tuhan. Bahagia letaknya dihati. Kalau hati kita sakit maka kita tidak akan mengecapi kebahagiaan walaupun kita di anugerahi dengan kesihatan, kecantikan rupa paras, harta, pangkat dan kedudukan. Namun kiranya hati kita bersih dan sihat kita akan merasai bahagia dengan apa yang kita kecapi dan nikmati sekarang ini. Dalam pada itu kita terus berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkannya dengan bergantung harapan sepenuhnya kepada tuhan setelah usaha dan ikhtiar kita lakukan…. Ingatlah bahawa kebahagiaan sejati bukan hanya untuk dikecapi didunia bahkan ianya juga untuk kita kecapi diakhirat nanti.

0 comments:
Post a Comment