Friday, February 16

Today's Living Soup

The best of friends is he who serves his friends.
And the best of neighbours is he does good deeds to his neighbour.

Wednesday, February 14

USAH DITANGISI MASA YANG BERLALU

- Peristiwa yang memalukan @ menyedihkan jangan diingati
- Fokus kehidupan kita adalah untuk hari mendatang

Sebagaimana kata-kata Ben Sweeetland dalam bukunya “ Saya pasti” bahawa kehidupan ini adalah proses menyelesaikan masalah. Selagi kita bernyawa, selagi kita hidup maka kita akan berhadapan dengan masalah. Cuma apa yang membezakan kita hanyalah tahap masalah yang dihadapi dan cara kita mengangani masalah yang dihadapi.

Apabila kita berjaya menyelesaikan masalah itu bermakna kita berjaya melepasi satu halangan untuk menghadapi halangan yang lain. Kita sepatutnya bersyukur dan bergembira kerana halangan itu dapat kita atasi. Seorang yang berlari sejauh 5 kilometer mungkin berhadapan dengan cabaran dari mindanya untuk menamatkan larian itu sebelum sampai ke garisan penamat. Sekiranya dia terus berusaha sehingga berjaya pasti beliau akan merasa satu kepuasan dan keseronokan setelah usahanya itu berjaya.

Kehidupan kita ini seharusnya diharungi dengan perasaan seronok. Segala apa yang mengecewakan kita pada masa lalu seharusnya dijadikan sebagai panduan dan rangsangan untuk kita membina sebuah kecemerlangan. Kita mesti terus meningkat / maju. Perjalanan kita adalah menuju kehadapan. Apa yang ditinggalkan dibelakang itu tidak perlu diratapi kerana kita sudah tidak mempunyai masa untuk meratapinya.

Hidup ini adalah satu perjalanan. Kehidupan kita didunia ini bukanlah satu destinasi. Bila kita mengatakan bahawa kehidupan ini adalah satu perjalanan maka kita mesti mempersiapkan perjalanan ini dengan bekalan yang secukupnya. Ingatlah bahawa semua orang sedang mengharungi perjalanan. Sedetik masa kita gunakan untuk kita meratapi masa lalu boleh menyebabkan kita ketinggalan beberapa tangga kejayaan berbanding orang lain.

Tidak dinafikan bahawa perasaan semula jadi kita akan merasai suka, duka, sedih, pilu, marah dan sebagainya. Apa yang telah berlalu itu biarkanlah berlalu cuma bagi kita ialah untuk menjadikannya iktibar atau neraca timbangan untuk membuat keputusan bagi hari mendatang. Teruskanlah perjalanan kita menuju kehadapan bukannya memberhentikannya dengan melihat apa yang telah kita tinggalkannya dibelakang. Biarkan sejarah menjadi pedoman untuk kita terus maju.

Tuesday, October 17

Melayu = Cincai

Bercakap soal Melayu sememangnya tidak akan berkesudahan. Berbagai program dilaksanakan samada oleh pihak kerajaan, swasta bahkan pihak pembangkang untuk menaikkan martabat Melayu dan merubah paradigma mereka dilihat seolah-olah tidak mencapai hasil yang diharapkan. Melayu semakin layu. dalam bidang ekonomi, kita jauh ketinggalan daripada bangsa lain walau di bumi sendiri. Pendidikan.... pun sama. Lihatlah di universiti-universiti tempatan negara kita, kebanyakan pelajar Melayu asyik dengan angan-angan, cinta dan hiburan yang tak berkesudahan. Pelajaran... bila diberi penugasan hasilnya ala kadar sahaja ataupun langsung tak buat.
Di pusat serenti, kita juara. Kaki lepak, kita juara. Mat rempit, kita juara.
Sememangnya jika nak bicara keburukan bangsa kita sendiri memang banyak. kali ini saya ingin menulis bukan bertujuan untuk menjatuhkan martabat dan maruah bangsa. Sebaliknya saya ingin melihat agar bangsa saya maju dan dapat menguasai negara kita sepenuhnya.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya Allah menyukai seorang hamba jika ia melakukan pekerjaan maka dilakukan dengan penuh kesungguhan" Malangnya ajaran suci baginda ini jika diperhatikan dengan teliti maka kita akan dapati bahawa bangsa lain yang mengamalkannya. Melayu... masih lagi cincai. Lantaran itu kita dapati bahawa bangsa lain lebih maju daripada kita. ini disebabkan mereka memegang kunci kejayaan. Kuncinya telah diberikan oleh baginda Rasulullah namun kita dublicatkan dan terus serahkan kepada orang lain. sepatutnyya kita yang memegang kunci itu dan kita yang membuka pintunya namun apa yang menyedihkan kita masih tidak sedar dna masih leka dengan apa yang kita ada.
Sebagai contoh, lihat saja sikap bangsa kita yang berniaga. Lihat raut wajah bangsa kita berbanding bangsa lain. kalau dibuat stastistik tentang senyuman saya rasa bangsa kita mungkin mengamalkan senyuman tidak sampai 10%. Mana perginya ajaran Islam yang menyatakan "SEyuman itu adalah sedekah". Layanan... tentu saja amat memilukan. Kebersihan... pun sama. lihatlah warung-warung milik bangsa kita. Restora-restoran. rumah, bilik kereta, dan persekitaran. Amat kotor sedangkan Nabi berpesan " Kebersihan separuh daripada iman"
Sebenarnya jauh dilubuk hati saya ingin membantu bangsa sendiri sebaik mungkin. Namun bila bangsa sendiri terus alpa bahkan bertindak melakukan perkara yang menyakitkan hati maka saya terasa begitu tawar hati. Pun begitu... iman yang tipis ini terus memujuk agar terus membantu. Sebagai contoh, saya rasa ramai dikalangan kita yang mengalaminya... Jika kita kepusat servis kereta maka kita akan dapati "Melayu" amat berbeza dengan kaum cina. Dua minggu lepas saya telah pergi kekedai "Melayu" untuk servis aircond. Katanya ada kebocoran yang saya terpaksa membayar RM 615 untuk memabaik puih masalah yang dihadapi. Setelah selesai saya dapati kaset, jam, alat kawalan aircond rosak Bila saya komplain si "Melayu" tu jawab itu masalah lama, tuan kereta dahulu. Saya cakap saya first owner akhirnya si "Melayu"tu tengok lah juga dengan terpaksa. Tak sampai lima belas minit dia bagi tahu" Bang tak boleh buat apa le" Aduh ! terkedu saya. kalau saya bawa ke kedai cina saya rasa masalah ini tak akan berlaku dan kalau berlakupun ia akan membetulkannya walaupun dalam keadaan tidak sedar dia mengenakan cas yang lain. Semalam saya tuka minyak hitam... Belumpun sempat minyak yang lama habis menitis, terusnya ditutup dan diisi minya hitam yang baru. Inilah sikap Melayu kerja cincai. Bukan sekali dua dah lebih dari tujuh kali saya mengalami perkara ini di kedai milik melayu yang berbeza.
bagaimana lagi harus kita cakap...
wahai bangsaku..
Wahai Orang-orang Melayu
selagi kita kerja secara Cincai
Selagi itu kita tidak akan maju
Selagi itu kita tidak mampu menandingi bangsa lain
Lanrtaran itu
Sedarlah
ubahlah Sikap kita semua
Semoga Melayu terus Unggul!
Melayu + Cincai = Kita Tinggalkan
Melayu + Tekun dan Bertaqwa = Kita Amalkan

Wednesday, August 9

Taubat

Taubat

Setiap manusia (kecuali para nabi) pastinya tidak terlepas daripada melakukan dosa. Samada disedari ataupun tidak, kita sebenarnya tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa terbahagi kepada dua. Dosa kepada tuhan dan dosa sesama makhluk. Jika kita melakukan dosa kepada tuhan maka segeralah bertaubat. Azamkan dalam hati kita untuk tidak mengulanginya serta berdoa agar kita dianugerahi hati yang suci luhur. allah maha pengampun. Semoga dengan sifatNya yang maha pengampun itu, segala dosa kita diampuninya. manakala dosa sesama makhluk maka tidak dapat tidak jkita perlu memohon keampunan serta kemaafan dari empunya diri. Sekiranya empuya diri itu tidak mahu mengampuninya maka selama itulah kita akan tergantung dan urusan kita tidak akan selesai meskipun kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini.

Ingatlah masa untuk kita beramal adalah teramat pendk dan singkat sekali. Gunakanlah sepenuhnya masa itu untuk kita mengabdikan diri kepada Yang Maha pencipta. Kalau di dunia ini, kita di kelilingi teman dan taulan namun apabila berada di alam barzakh, kita akan keseorangan. Hanya ibadahlah yang mampu menemani kita dan membantu kita menjawab segala persoalan Mungkar dan Nakir.

Hidup kita adalah untuk mengabdikan diri kepada tuhan bukannya untuk menjauhi diri daripadaNya. Segala ini bergantung kepada hati. Jika bersih maka segala yang baik itu nampak indah jika sebaliknya, Yang buruk itu dipandang mulia dan yang baik itu terasa begitu hina sekali......

hatilah punca segala-galanya.

Thursday, August 3

Hati Yang Damai

Selama tiga malam aku cuba menyelami apa yang diinginkan oleh mereka. Apa yang mereka cari. Kedamaian? kepuasan? Keseronokan? Dan apa apa lagi?????
Sememangnya aku tidak faham. Apakah berjaga malam itu mendamaikan? kalau untuk mengabdikan diri pada Allah... Ya. aku berani katakan, ya. tapi kalau untuk menari, minum arak, berzina, ... ah . Tidak mungkin.
Bukan kedamaian tapi kehancuran. Bukan keseronokan tapi kegilaan. Itulah jadinya kalau manusia itu sudah tidak mengenal diri mereka. Kalau manusia itu tidak mengetahui untuk apa mereka dijadikan.
Tidakkah kita hairan tatkala melihat ramainya manusia mampu menari hingga kesubuh namun berasa berat untuk sujud hanya seketika kepada pencipta. Tidakkah kita hairan melihat betapa manusia menganggap sujud seketika kepada tuhan merugikan masa namun dalam masa yang sama berembun sambil berbual kosong. Tidakkah kita hairan melihat bagaimana rakusnya manusia mencari harta dunia namun tidak pernah ingat untuk mencari bekalan di akhirat nanti?
Tidakkah kita pernah tertanya apakah jawapan yang mampu kita berikan sekiranya kita di soal di hadapan Allah tentang kealpaan, kemalasan dan kebiadapan kita terhadap NYA? Apa jawapan kita????????????????????

Monday, July 10

Setiap Sesuatu Ada Hikmahnya

Tersebutlah sebuah kisah. Kononnya di dalam sebuah negara terdapatlah seorang raja yang amat gemar memburu. Raja itu mempunyai seorang menteri yang amat bijaksana serta selalu memberi nasihat-nasihat yang amat bermakna kepada sang raja. Suatu hari raja dengan menterinya itu keluar memburu kedalah hutan. Setelah sekian lama mencari binatang buruan namun seekor binatang pun tidak di temuai. Raja terasa amat kecewa sekali. Demi melihatkan kekecewaan Raja, sang menteripun lalu menghampiri serta berkata " Ampun tuanku. Sembah patik harap di ampun. Adapun apa yang berlaku kepada kita pada hari ini janganlah tuanku kecewa kerana ianya telah ditakdirkan oleh yang maha esa. setiap sesuatu itu ada hikmahnya tuanku... Ampun tuanku"

Demi mendengarkan nasihat dari menterinya itu maka tersenyumlah raja serta kembali ceria semula seperti tiada apa yang berlaku. Titah raja" Beta rasa cukuplah untuk hari ini. Kita balik dahulu. Beta rasa ada benarnya kata-kata memanda menteri itu. Setiap sesuatu ada hikmahnya" Maka Raja beserta memanda menterinya itupun pulanglah ke khemah peraduan untuk berehat dan mewntari mentari untuk hari esok menyinar kembali.

Keesokan harinya setelah ....

Friday, July 7

Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung

Kalau Tidak Di Pecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya
Itulah kata-kata bernilai yang amat jarang sekali untuk dihargai oleh kebanyakan kita. Kita inginkan kejayaan namun kiuta tidak mahu berusaha. Kita inginkan kejayaan namun kita tidak mahu melabur kesenangan hari ini untuk kebahagiaan hari esok. kalau boleh kita mahu segalanya datang bergolek. kita mahu segalanya terjadi secara magik. Tanpa usaha yang memenatkan. Tanpa mengeluarkan modal. Tanpa mengganggu kesenangan yang telah kita kecapi ini.
Bila kita melihat orang lain berjaya, kita juga menginginkannya. kita ingin agar beroleh kejayaan sepertinya. Kita mengharap. Kita Pasrah pada takdir sedangkan kita tahu bahawa takdir itu akan datang melalui usaha kita. kita melihat orang berjaya dalam perniagaan. Kita pun ingin sama berjaya. Kita buka perniagaan. Orang Senyum kita masam. Orang mengemas kedai kita melayan SMS. Orang merancang strategi perniagaan kita sibuk cari bomoh untuk melaris perniagaan. Orang buat pinjaman untuk membesarkan perniagaan kita pun turut sama meminjam. Tetapi kita menggunakannya untuk menukar kereta baru, rumah baru bahkan pasangan baru....
Ini adalah sebahagian dari secebis kisah yang sering kita lihat. Secebis dari drama kehidupan yang mana kita adalah pelakon dan kita adalah pengarah. kadang kala kita sendiri merasa pelik. Mengapa kita sering menangisi atau menyesali hidup sedangkan kita tidak mahu keluar dari kepompong yang mengawal kita. Kepompong yang menyekat kita dari berkembang. jangan harapkan orang lain. Kita sendiri yang perlu merubahnya.
Renungilah nasihat orang-orang tua kita " kalau tidak pecahkan ruyung... manakan dapat sagunya " Ruyung bagi kita sekarang adalah kemalasan... kejumudan.... kelemahan.... kelembapan.....
Semuanya itu berpunca dari hati kita yang tidak sihat kalau hati sihat maka segalanya akan berjalan lancar

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template