Tuesday, July 4

Stress !!

Stress?
Ramai orang yang menghadapi masalah ini. bahkan boleh dikatakan semua manusia mengalami apa yang dinamakan S.T.R.E.S.S.
stress ada kebaikan dan keburukannya. Sekiranya kita mengalami stress yang mampu meningkatkan daya kerja kita atau mendorong kita untuk lebih bersemangat mel;akukan sesuatu pekerjaan maka ianya akan menjadi stress yang baik. namun sekiranyta stress yang kita alami menyebabkan kemurungan, daya kerja yang merosot dan patah semangat maka ianya adalah satu bentuk stress yang tidak baik.
Sebenarnya kita memerlukan stress sebagai pendorong untuk kita lebih bversungguh dalam melaksanakan sesuatu. Contohnya, apabila kita diberi tugasan maka kita akan merasa tertekan dan tekanan itu boleh membantu kita untuk terus melaksanakan tugas serta memastikan ianya berjaya. sebaliknya kalau kita merasai ianya berat , membebankan , menyakitkan hati, menimbulkan kemarahan terhadap orang yang mengarahkan kita maka stress ini akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap diri kita.
Stress boleh kita atasi denan berbagai cara. Antaranya, dengan berdoa, meningkatkan quantiti dan qualiti ibadat, berfikiran positif dan redha terhadap apa yang berlaku. pokok pangkalnya. kalau hati kita sihat maka perkataan S.T.R.E.S.S. tidak akan menjadi masa alah kepada kita.

Thursday, June 8

Revolusi Sikap

REVOLUSI SIKAP

Pada tahun 50an lalu satu kajian telah dijalankan di University Yale untuk mengetahui berapa peratuskah di kalangan pelajar Universiti itu yang meletakkan matlamat jelas bagi kehidupan mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya 3% sahaja dari kalangan pelajar universiti itu yang mempunyai matlamat jelas. 20 tahun kemudian sekali lagi kajian dijalankan untuk mengetahui perkembangan golongan yang mewakili 3% pelajar yang mempunyai matlamat itu. Hasilnya didapati bahawa mereka mempunyai kedudukan lebih baik daripada 97% kawan-kawan mereka yang tidak mempunyai matlamat.
Apakah matlamat? Mengapakah ianya penting untuk memastikan kejayaan yang kita impikan terhasil?
Dalam soal ini saya ingin mengajak saudara untuk melihat bagaimana Islam melatih penganutnya agar meletakkan matlamat bagi kehidupan dan mesti mempunyai matlamat yang jelas. Islam juga mengajar dan membimbing penganutnya agar dapat melaksanakan sesuatu tindakan berdasarkan matlamat yang telah diletakkan. Sebagai contoh matlamat kehidupan manusia di dunia ini adalah untuk kesenangan hidup di akhirat. Kesenangan hidup sdi akhirat bermaksud kita meletakkan matlamat untuk masuk syurga Allah. Bagi mencapai maksud matlamat hidup kita itu maka kita menjalani hidup di mjuka bumi ini berpandukan kepada syarat dan jalan yang boleh membawa seseorang itu masuk ke syurga yang di janjikan.
Seorang yang berjuang dijalan Allah tidak akan berpaling tadah kerana beliau tahu jika beliau berpaling tadah bermakna beliau telah lari dari matlamat sebenar perjuangannya. Seorang peniaga tidak akan menipu kerana beliau tahu dengan sebab menipu akan menyebabkan peluannya untuk masuk syurga akan terhalang. Seorang insane mulia tidak akan berzina, minum arak, berjudi dan melakukan apa-apa tegahan tuhan kerana ia tahu jika perkara itu dilakukan maka matlamatnya untuk masuk syurga akan tergendala. Itu contoh seorang yang meletakkan matlamat akhirat.
Bagi kehidupan kita didunia ini, kita juga mesti mempunyai matlamat yang jelas. Untuk maju kehadapan kita mesti tahu apakah target kita dan berusaha mencapai target itu. Seoarang opelajar yang meletakkan matlamat untuk memperolehi A dalam semua mata pelajarannya akan bertindak dengan belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan cita-citanya itu tercapai. Seorang prebet yang bercita-cita atau meletakkan matlamat untuk menjadi RSM akan berusaha untuk mencapai cita-citanya itu. Bagi mencapai maksud tujuannya itu beliau akan memastikan setiap kursus yang melayakkanya mencapai cita-cityanya itu dihadiri dengan jayanya. Beliau akan mengkaji bagaimana cara yang diguna pakai oleh RSM terdahulu sehingga mampu mencapai ke tahap itu. Beliau akan terus berusaha sehingga cita-citanya tercapa
Orang yang ada matlamat adalah orang yang sedang menempah kejayaan bagi kehidupannya. Meskipun begitu kita sebagai umat Islam mesti memastikan agar matlamat yang hendak dicapai itu diusahakan mengikut lunas-lunas agama.
Apa yang menyedihkan kita ialah ramai dikalangan kita yang hanya meletakkan angan-angan tanpa meletakkan matlamat. Sebagai contoh, saya ingin bawakan perbandingan di antara kaki judi dengan tauke judi. Kaki judi hanya berangan-angan untuk kaya. Beliau telah meletakkan pertaruhan agar nasib menyebelahinya dan beliau berangan agar dapat menjadi jutawan tanpa usaha yang gigih. Berbanding tauke judi, mereka meletakkan matlamat dan mereka tahu bahawa mereka akan beroleh kekayaan hasil dari kebodohan orang lain. Mereka pasti. Mereka yakin kerana mereka melihat ramainya orang yang hanya berangan-angan semata-mata tanpa usaha yang sewajarnya.

Thursday, June 1

Erti Kebahagian

APAKAH ERTI KEBAHAGIAN

Seorang perempuan datang mengadu masalah kepada saya. Katanya hidupnya tidak pernah bahagia. Semenjak mula kahwin hinggalah beranak dua, beliau tidak pernah mengecapi kebahagiaan. Apa yang diingininya tidak pernah diperolehi.Keluhnya lagi Mengapa orang lain beroleh kebahagiaan sedangkan beliau tidak. Mengapa orang lain kaya raya sedangkan beliau tetap miskin. Beliau mat kecewa dan beliau amat kesal dengan hidup yang dihadapinya ini……

Sebenarnya banyak lagi keluhan dan rungutan yang diutarakan oleh wanita ini kepada saya. Dari situ timbul idea untuk saya berkongsi pandangan mengenai pengertian bahagia.

Antara nikmat paling besar dianugerahkan tuhan kepada hambanya adalah nikmat kebahagiaan. Kebahagiaan merupakan satu kalimah keramat yang bersifat subjektif. Pengertiannya berbeza antara seorang dengan yang lain. Begitu juga cara untuk mencapainya.

Ada yang melihat kebahagiaan terletak kepada kepuasan jasmani. Ada juga yang melihat kebahagiaan dari dua sudut. Satunya bersifat waham dan satunya bersifat sejati. Bahagia yang bersifat waham adalah untuk mencari kepentingan sendiri tanpa memikirkan kepentingan dan perasaan orang lain manakala bahagia yang bersifat hakiki adalah bahagia yang bersifat sejagat. Contoh kebahagiaan hakiki adalah seperti mengasihi dan mencintai seseorang seperti mana kita mengasihi dan mencintai diri sendiri.

Sebagai seorang yang beriman pastinya kita akan melihat kebahagiaan menurut kacamata agama. Dari sudut agama kebahagiaan adalah bersifat sejagat. Bahagia meliputi seluruh perjalanan hidup. Kepuasan jasmani dan rohani yang ingin dicapai oleh manusia untuk mencari kebahagiaan mestilah bersandarkan kepada aturan dan hukum agama. Tidak ada gunanya sekiranya kita sihat tubuh badan namun ianya tidak digunakan kearah ketaatan kepada tuhan. Tidak ada gunanya kiranya kita disanjung dan dihormati dan dalam masa yang sama kita menjauhi tuhan. Lebih malang lagi kiranya kehormatan dan sanjungan itu membawa kita kepada ketakburan dan kekufuran.

Rasa bahagia adalah bergantung kepada penafsiran kita. Rasa bahagia juga bergantung kepada sifat Qanaah dan Redha , keyakinan kita terhadap Usaha dan Tawakkal, Sabar dan harap dan yang paling penting… Kebahagiaan adalah bergantung kepada keteguhan iman kita kepada tuhan. Bahagia letaknya dihati. Kalau hati kita sakit maka kita tidak akan mengecapi kebahagiaan walaupun kita di anugerahi dengan kesihatan, kecantikan rupa paras, harta, pangkat dan kedudukan. Namun kiranya hati kita bersih dan sihat kita akan merasai bahagia dengan apa yang kita kecapi dan nikmati sekarang ini. Dalam pada itu kita terus berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkannya dengan bergantung harapan sepenuhnya kepada tuhan setelah usaha dan ikhtiar kita lakukan…. Ingatlah bahawa kebahagiaan sejati bukan hanya untuk dikecapi didunia bahkan ianya juga untuk kita kecapi diakhirat nanti.

Friday, May 26

Cerita Mat Jenin

Hari ini kepala aku terasa amat berdenyut. dah tiga hari sakit kepala tak reda reda. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berbekam. Ikut sunah Rasulullah. Alhamdulillah, selepas berbekam kepala rasa ringan dan aku dapat mengaap komputer kembali.
kali ini aku ingin berbicara satu kisah
Kisahnya tentang Mat Jenin. Satu watak yang tak asing lagi dalam cerita-cerita tauladan masyarakat Melayu. watak seorang pemuda melayu. Kenapa aku katakan melayu/ jawapannya adalah kerana namanya MAT . Orang Arab panang nama Mat kerana Mat dalam bahasa Arab bermaksud mati. Di sebalik cerita itu aku rasa ada sesuatu yang pelik . apa dia yang pelik itu. na tahu baca cerita ini.
Kononnya pada suatu hari Mat Jenin telah pergi kekebunnya untuk melakukan kerja hariannya. tiba-tiba mat jenin perasan bahawa pohon kelapa yang tumbuh di kebunnya itu berbuah dengan amat lebat sekali. buahnya itu sudah tua dan sesuai ntuk dipetik. tanpa berlengah lagi Mat Jenin terus memanjat pohon kelapa itu.
setelah satu pohon berjaya dipanjat, Mat Jenin meneruskan kerjanya dengan memanjat pohon kedua, ketiga dan seterusna. Akhirnya sampailah ia ke pohon kelima. Oleh kerana penat Mat Jenin cuba mengalihkan perhatiannya kepada angan angan yang menarik. mudah-mudahan angan-angan itu boleh menjadi motivasi kepada dirinya.
Bila memandang longgokan buah kelapa yang telah berjaya di kumpulkannya ,Mat Jenin telah memasang angan-angan. Hatinya berbisik..." alangkah bertuahnya aku kali ini. Bila selesai aku memanjat kesemua pohon kelapa ini, aku akan mengupas dan menjualnya di pasar. hasil jualank intu nanti aku akan beli beberapa ekor anak ayam. Aku akan ternak ayam. bila ayam aku membiak dengan banyak, ak akan jual kesemuanya dan membeli kambing. aku akan ternak kambing sehingga membiak dengan banyak... Setelah kambingku itu membiak dengan banyak , aku akan menjaualkannya dan membeli lembu. Aku akan ternak lembu sehingga membiak denan banyak. Aku akan buka ladang lembu. bila aku sudah kaya raya aku akan meminang anak raja.... Ah! alangkah seronkna aku ... Yahooo!" tanpa disedarinya dia telah mengangkat kedua belah tangannya dan menyebabkan beliau jatuh.
Mengikut ceritanya, mat Jenin jatuh dan terus mati. Eh betuk ke dia mati. Inilahyang aku pelik.
Sekiranya mat Jenin mati maka siapakah yang menceritakan kepada kita tentang apa yang tersirat dalam angan-angannya itu. apa yang aku tahu manusia tidak mampu mengetahui apa yang difikirkan oleh seseorang kecuali kalau orang itu sendiri yang memberitahukannya. kalau begitu bagaimana mat Jenin boleh memberitahu kita apa yang diangan-angankannya sekranya beliau terus mati akibat terjatuh pohon kelapa itu?
jawapanya...... Aku akan ceritakannya nanti

Wednesday, May 17

Ketenangan Bertakhta dalam hati Yang Bersih

Ketenangan jiwa adalah merupakan satu nikmat yang tidak ternilai harganya. Dalam mencari ketenangan jiwa berbagai cara telah dilakukan oleh manusia untuk mencapainya. Ada dikalangan kita yang mencari ketenangan melalui hiburan seperti menyanyi, berkaroke, berdansa dan berdisko. Ada juga yang mencari ketenangan dengan melakukan aktiviti seperti beriadah, yoga, melancong dan menyendiri. Tak kurang juga yang mencari ketenangan jiwa melalui bacaan Al Quran, berzikir, bersolat dan bertafakkur. Pokok pangkalnya apa yang dicari adalah ketenangan bagi jiwa.
•Apabila jiwa tenang hidup akan terasa bahagia. Bagi yang memperolehi kebahagiaan hidup segala cubaan kehidupan dapat dilalui dengan senang. Jika jiwa berserabut kehidupan akan menjadi sesuatu bebanan. Pada masa itu harta yang banyak suidah tidak bernilai, pangkat dan kedudukan sudah menjadi bebanan dan tekanan.
•Untuk mendapatkan ketenangan kita mesti menyediakan tempat untuk ia tumbuh. Kalau pohon disemai diladang, binatang diternak di kandang, manusia dikandung di rahim maka ketenangan tempatnya adalah di hati. Hati adalah tempat tumbuhnya ketenangan. .
•Ketenangan tidak akan datang sekiranya tempat tumbuhnya tidak dijaga. Hati yang dipenuhi oleh kedengkian, kemarahan, dendam kesumat, buruk sangka, irihati tidak memungkinkan untuk ketenangan yang dicari itu bisa tumbuh dan subur.
•Jika mahu hati disinari ketenangan maka segala halangan yang menyekat tumbuhnya ketenangan itu perlu dibersihkan.
•Untuk membersihnya bukanlah satu perkara yang mudah. Tanpa kesungguhan dan ikhtiar segala kekotoran hati tidak mampu untuk dibersihkan. Apabila kita berjaya membersihkan kekotoran hati ini maka tempat bertapatnya kekotoranyang lalu mesti disemai dengan kejernihan. Apabila kita berjaya mencungkil dendam maka semailah kemaafan agar tapak yang pernah tumbuhnya dendam kesumat tidak ditumbuhi oleh sifat buruk yang lain, bila berjaya mencungkil kedengkian dan irihati semailah kasih sayang dan qanaah begitu juga bila berjaya mencungkil buruk sangka maka semailah Husnuz Zhan atau baik sangka agar keseluruhan hati itu bisa tumbuh sifat-sifat mahmudah yang diredhai tuhan.
•Benih mahmudah yang baru disemai mesti dijaga. Kerana terdapat banyak musuh yang cuba untuk merosakkannya. Apabila kita berjaya menjaganya dengan baik maka pokok mahmudah itu akan dapat terus hidup subur dan akhirnya akan lahirlah buah tajalli yang kita cari. Nikmat ketenangan merupakan satu daripada buah tajalli yang hanya dapat dikecapi oleh mereka yang berusaha mencapainya dan berjaya memperolehinya. Ianya tidak dapat digambar dengan lukisan dan tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata atau tulisan.
•Ketenangan tidak mampu diperolehi dengan hanya menempel. Ketenangan perlu dicari.

Wednesday, May 3

Hatilah Pusat Segalanya

Wednesday05.03.06

Ketenangan, kebahagian dan kejayaan merupakan apa yang dicari oleh setiap insan. Dalam pencarian ini kita kerap kali menggunakan kekuatan akal dan naluri semata-mata. Kadang kala kita tertipu... ditipu dan menipu... semata mata untuk memperolehi ketenagan kebahagian dan kejayaan. Insya Allah dalam tulisan akan datang saya akan mengajak saudara/i untuk bersama-sama dalam pengembaraan mencari 3k ini. Sebagai permulaannya kita mesti menyediakan tapak untuk menyemainya agar apa yang kita cari ini boleh tumbuh dengan subur dan akhirnya membuahkan hasil yang kita harapkan. Tapak itu tak lain dan tak bukan hanyalah sekeping HATI!!!

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template