Wednesday, August 9

Taubat

Taubat

Setiap manusia (kecuali para nabi) pastinya tidak terlepas daripada melakukan dosa. Samada disedari ataupun tidak, kita sebenarnya tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa terbahagi kepada dua. Dosa kepada tuhan dan dosa sesama makhluk. Jika kita melakukan dosa kepada tuhan maka segeralah bertaubat. Azamkan dalam hati kita untuk tidak mengulanginya serta berdoa agar kita dianugerahi hati yang suci luhur. allah maha pengampun. Semoga dengan sifatNya yang maha pengampun itu, segala dosa kita diampuninya. manakala dosa sesama makhluk maka tidak dapat tidak jkita perlu memohon keampunan serta kemaafan dari empunya diri. Sekiranya empuya diri itu tidak mahu mengampuninya maka selama itulah kita akan tergantung dan urusan kita tidak akan selesai meskipun kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini.

Ingatlah masa untuk kita beramal adalah teramat pendk dan singkat sekali. Gunakanlah sepenuhnya masa itu untuk kita mengabdikan diri kepada Yang Maha pencipta. Kalau di dunia ini, kita di kelilingi teman dan taulan namun apabila berada di alam barzakh, kita akan keseorangan. Hanya ibadahlah yang mampu menemani kita dan membantu kita menjawab segala persoalan Mungkar dan Nakir.

Hidup kita adalah untuk mengabdikan diri kepada tuhan bukannya untuk menjauhi diri daripadaNya. Segala ini bergantung kepada hati. Jika bersih maka segala yang baik itu nampak indah jika sebaliknya, Yang buruk itu dipandang mulia dan yang baik itu terasa begitu hina sekali......

hatilah punca segala-galanya.

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template